Tadabbur Architecture : Diantara Impian dan Kefahaman
“Ekin lepas ni awk nk sambung study ke ?” - S
Saya hanya diam. Tiada jawapan.
“A’ah akk. Dia nak jadi akhwat kaya. Nak jadi Arkitek, dia nak bina RI mewah.” - M
“Haha, tu dulu akk sewaktu awal² tarbiyah dan fasa sebelum tajmik. Sekarang saya nampak perspektif yg lain... ” - E
“Oh, kiranya awk akan teruskan course Archi la ?” - S
“in Sha Allah. Tapi saya takut, saya tahu lifestyle budak studio macam mana (busy). Kebanyakan kalau tanya akhwat, mesti akhwat Archi jarang ada ke tak ada. Huhu” - E
“Ekin, sama je macam kerja doktor. Asalkan awak jelas. In Sha Allah, awk boleh. Now, kenapa awk masih disini ?” - S
“in Sha Allah akk . Haaa , pasal impian tu kan ... Saya keluarkan statement mcm tu sebab saya nak RI tu besar. So, dia boleh tampung ramai orang untuk berada di dalamnya tapi masih selesa. Ruang yg cukup dan ia menjadi centre.
Tapi hakikatnya bila rumah tu mewah, ia akan tambah satu lagi struggle iaitu 'comfort zone’ . Akhirnya nanti ada yg malas nak pergi buat DnT. Sedangkan rumah yg biasa pun boleh ada rasa 'malas'. Bila dah lama² . Saya sedar satu hakikat. Memiliki RI, KD tu adalah aset yg penting untuk DnT tapi aset terbesar adalah manusia.
Sebuah RI tu hidup kerana jiwa² dalam rumah tu hidup (roh² yg connect dgn sibghah islam) . RI tu tak hidup pun andainya manusia tu tak dibina dengan fikrah islam yg jelas, hati yg tak tersambung dengan Allah dan tak ada rasa nak sentiasa berada dalam kebaikan.”
Manusia ni seperti logam. Betapa bernilainya manusia ni, sampaikan manusialah aset terbesar kepada DnT dan ummat ni. Boleh jadi dengan satu orang yg terbina dengan sempurna (sibghah islam), di tangannya sahaja lahirnya ramai insan-insan yg bakal menjadi penyambung risalah ini.
“You’re the asset of Ummah”
Teringat satu kisah,
Suatu hari, Umar bin Khattab r.a bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
“Apa cita-cita kalian ?”
Salah seorang menjawab,
“Saya bercita-cita memiliki emas, zamrud dan intan berlian sepenuh rumah untuk saya infaqkan di jalan Allah. ”
Seorang sahabat lain menjawab,
“Aku ingin memiliki wang sepenuh rumah agar aku dapat infaqkan di jalan Allah”
Seorang sahabat bertanya pula apa cita-cita Umar bin Khattab r.a ?
Kemudian dia berkata,
“Saya bercita-cita agar rumahku dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah ibnu Al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, dan Salim budak Hudzaifah. Nescaya saya akan meminta bantuan mereka guna menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini ! ”



Comments
Post a Comment