TADABBUR ARCHITECTURE : SUN AND SHADOW
Assalammualaikum everyone, hari ni saya nak share satu taddabur in Architecture mengenai shadow (bayang-bayang) . Sebelum anda baca post saya yang panjang ini , eloklah terlebih dahulu tengok video saya ini :') Moga bermanfaat !
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (Ar-Ra'd 13:15)
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri ? (An-Nahl 16:48)
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu ? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah). Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu; Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. (Al-Furqan 25:45-46)
First time saya dapat tahu bayang² dalam Quran, saya rasa ‘wow seriously bayang² pun ada eh dalam Quran ?’ ‘apa yg bestnyee tentang bayang² ni sampai ada dalam Al-Quran ?’
-
Bila sebut pasal bayang² , baru kita terfikir . Sebab selama ni kita hidup, kita tak pernah nak kisah kewujudannya ‘if ada, ada. Kalau tak ada, pun takpe’ .
Tiada siapa pun peduli, tiada siapa pun akan ingat bayang² sendiri.
Tak pernah lagi jumpa manusia yg dia up status ‘bayang² aku hari ni tak ada’ ‘rindu la kat bayang² , mana bayang² ?’ . Tak pernah juga jumpa manusia yg jatuh cinta, sayang kt bayang² . Hahaha
-
But why Allah cerita dalam Quran ?
(boleh refer ayat Al-Quran yg saya share di bawah video tadi)
Bayang² yg kita tengok tiada nilai pun, tunduk dan patuh . Dan bayang² kita di waktu pagi tak sama dengan di waktu petang, ia adalah makhluk ciptaanNya yg baru.
“Akk , kenapa Allah ciptakan bayang² ? Apa effect kalau bayang² ni tak wujud?”
“Awak rasa kenapa ? And cuba brain if bayang² ni tak wujud. Disebabkan Allah dah cerita dalam Quran mesti ia 'significant'”
Brain punya brain, end up adik tu pasrah.
“Alaa, akk cerita la . Saya tak tahu ...”
“haha, baiklah akk jawab tapi akk cuma boleh beri jawapan in Architecture, nanti boleh cari jawapan lain..”
“Secara ringkasnya begini ... dalam process nak hasilkan satu design bangunan tu, kita akan buat site analysis (arah matahari dan shadow yg terbentuk, arah angin, contact building, dan lain²..) . Arah matahari naik dan turun ni penting, kita nak permukaan building yg menghadap matahari ni lebih pendek . Kalau terlalu banyak cahaya masuk - building jadi panas. Of course building tak berapa nak panas (redup) disebabkan wujudnya bayang². Let's imagine , if bayang² ni tak ikut ketetapan Allah (sunatullah)..”
“Maksud akk apa ?”
“Secara teorinya kita semua tahu, matahari sebelah kanan, bayang² terbentuk disebelah kiri . Matahari sebelah kiri, bayang² disebelah kanan . Dan if di atas, maka bayang² terbentuk adalah tegak. What if, matahari di sebelah kanan, bayang² ni pula main suka hati dia nk wujud ke tidak, tetiba main chak chak, kejap ke kanan ke kiri . Maka kawasan redup , yg kita dah plan nk letak plaza or open courtyard pun jadi tak best nak lepak² kt situ . Yela bayang² tak ada, kawasan redup tak berlaku.
Shadow ni juga kita boleh jadikan dia sebagai one of elemen design kita, so cantik lah ada shape tertentu . If shadow tiada, boleh jadi building tu akan panas je, bila panas, banyak la energy nk kena guna (air-cond) , sebab nk bagi selesa..”
“Oh , faham..”
“contoh lain, kalau nk parking kereta pun kita akan pilih tempat redup (ada shadow). Actually , akk nak cakap kt sini...”
Tarik nafas ... “setiap ciptaan Allah ni semua nya ada function sekalipun kita tak tahu sangat pun function dia . Dan semua ciptaan Allah ni sedang buat 'tujuan hidup' mereka, bayang² pun buat dan mereka semua tunduk dan patuh dengan apa yg Allah tetapkan .
So , how about us ?”
T_T
“kita ni lah lagilah , Allah cakap jelas² dalam Quran tujuan hidup kita ada dua menjadi abid (Ad-Dhariyat 51:56) dan khalifah (Al-Baqarah 2:30) . Masih lagi ke mahu mencari tujuan hidup yg lain ? dan hebat ke kita untuk melanggar setiap aturannya ? Sedangkan bumi, matahari yg besar ni pun tunduk.”

Comments
Post a Comment