Tarbiyah : Titik Permulaan
Hai , Assalammualaikum . . .
Ni post pertama saya, saya buat blog ni bukan saja-saja tapi ada reason . Saya nak berkongsi apa yang saya dapat dan lalui dalam perjalanan menuju cinta Ilahi .
Mustahil bukan untuk saya pergi ke setiap orang dan berkongsi apa yang saya dapat, kerana terlalu ramai manusia di luar sana . Jadi, saya pilih untuk menulis , moga tatkala diri ini futur . Penulisan ini menjadi peringatan buat saya :')
Mungkin penulisan marhean ini tidak mampu 'membasahkan' anda tetapi saya berharap awak mampu memahami apa yang saya sedang sampaikan. Tak nak la di panggil syok sendiri . Huhu :'(
Titik permulaan yang saya nak ceritakan kat sini bukanlah kisah yang penting bagi kamu semua tapi adalah titik permaknaan kepada diri saya sendiri .
Ini bukan kisah cinta yang biasa , atau kisah cinta monyet kita yang dulu-dulu . Tapi , inilah cinta yang sebenar .
Cinta pertama kita takkan pernah sama taraf dengan mana-mana cinta mahupun adanya cinta selepas itu . Cinta dan kasih sayang selepas cinta pertama tadi , mesti berbalik pada Dia .
Yes, first love kita adalah Allah . Tidak boleh tidak, jawapannya mesti YA. Haaa, nampak tak saya caps lock kat situ . Sebab dengan cinta , kita mampu melakukan amal-amal keta'atan . Yang buat kita mampu istiqomah adalah keikhlasan kita dalam mencintai Dia.
Mana mungkin kita mampu bersabar dan menahan setiap luka melainkan hanya kerana kita yakin dan wujudnya cinta di dalam hubungan itu.
Saya yakin setiap dari kita ada kisah tersendiri, peristiwa yang buat kita kenal 'deen' (agama) ni .
Untuk saya menceritakan secara terperinci bagaimana saya tersentuh hati untuk mengenal lebih lagi islam ini, tidak perlu rasanya .
Titik permulaan saya apabila saya terlalu kecewa sehingga membawa kepada depression , hakikat sebenarnya seorang muslim tu tidak boleh berlebih-lebihan dalam merasa kecewa, terluka atau kesedihan . Sandarlah pada Allah, anda akan menemui kebahagian . Itulah pentingnya iman yang memandu kita dan kita perlukan positive environment untuk pulih daripada segala benda negatif dalam diri kita.
Alhamdulillah “... Despite the pain, Allah taught me many precious lessons through my depression. This illness has shaped me into the person I am today and I do not regret having this disorder...”
Apa yang saya ingin bawakan adalah , yakinlah dengan Dia, yang susunan Dia tak pernah salah. Allah takkan biarkan setiap seorang dari kita hambaNya, dalam hidup dia berlalu tanpa Allah menunjukkan rahmat dan kekuasan Dia. Takkan.
Nahh ... hadiah 💌
Allah akan selalu menunjukkan kekuasaan dan siapakah Dia sebenarnya , cuma yang membuat kita masih terasa 'kabur' atau tidak nampak adalah jahiliyah yang ada dalam diri kita 'kesombongan jahiliyah' .
Buatlah apa-pun sahabatku di dunia ini, kita semua pasti akan menemui Tuhan kita . Cuma kita sendiri yang pilih pertemuan yang manakah kita mahukan . Pertemuan yang manis, yang menjadi kepada permulaan kepada keindahan (nikmat di syurga) atau sebaliknya.
Belajar lah untuk memahami definisi 'abadan-abada' (selama-lamanya) ...
kerana ... ,jika di sana baru hendak belajar maksud abadan-abada . Saya risau kehidupan kita tak seindah yang seperti kita harapkan di sana.
Ayuh , jangan ragu-ragu lagi . Lakukan bersama perubahan ! Kamu pasti menemui kemanisan !
Kelazatan dunia sebenar yang Tuhan gambarkan :') Selamat bermujahadah !
May Allah guide us.

“Jika selepas anda baca tulisan seorang daie itu, and masih tidak memahami apa yang ingin diperkatakannya , malahan apa yang anda fahami cumalah bahasa-bahasanya yang indah. Di samping dia ingin menunjukkan keluasan ideologinya dan kelincahan mata penannya. Maka ketahuilah bahasa si penulis itu bertaraf burung kakak tua. Kerana ilmunya tidak dapat membuka pintu hati anda dan menghasilkan kefahaman dalam melakukan pengislahan.”
- Syeikh al-Bahi al-Kuly (Tazkiratul Du'at)
Titik permulaan yang saya nak ceritakan kat sini bukanlah kisah yang penting bagi kamu semua tapi adalah titik permaknaan kepada diri saya sendiri .
Ini bukan kisah cinta yang biasa , atau kisah cinta monyet kita yang dulu-dulu . Tapi , inilah cinta yang sebenar .
Cinta pertama kita takkan pernah sama taraf dengan mana-mana cinta mahupun adanya cinta selepas itu . Cinta dan kasih sayang selepas cinta pertama tadi , mesti berbalik pada Dia .
Yes, first love kita adalah Allah . Tidak boleh tidak, jawapannya mesti YA. Haaa, nampak tak saya caps lock kat situ . Sebab dengan cinta , kita mampu melakukan amal-amal keta'atan . Yang buat kita mampu istiqomah adalah keikhlasan kita dalam mencintai Dia.
Mana mungkin kita mampu bersabar dan menahan setiap luka melainkan hanya kerana kita yakin dan wujudnya cinta di dalam hubungan itu.
Saya yakin setiap dari kita ada kisah tersendiri, peristiwa yang buat kita kenal 'deen' (agama) ni .
Untuk saya menceritakan secara terperinci bagaimana saya tersentuh hati untuk mengenal lebih lagi islam ini, tidak perlu rasanya .
Titik permulaan saya apabila saya terlalu kecewa sehingga membawa kepada depression , hakikat sebenarnya seorang muslim tu tidak boleh berlebih-lebihan dalam merasa kecewa, terluka atau kesedihan . Sandarlah pada Allah, anda akan menemui kebahagian . Itulah pentingnya iman yang memandu kita dan kita perlukan positive environment untuk pulih daripada segala benda negatif dalam diri kita.
Alhamdulillah “... Despite the pain, Allah taught me many precious lessons through my depression. This illness has shaped me into the person I am today and I do not regret having this disorder...”
“....Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
- (Al-Baqarah 2:216)
Apa yang saya ingin bawakan adalah , yakinlah dengan Dia, yang susunan Dia tak pernah salah. Allah takkan biarkan setiap seorang dari kita hambaNya, dalam hidup dia berlalu tanpa Allah menunjukkan rahmat dan kekuasan Dia. Takkan.
Nahh ... hadiah 💌
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya, itu semua mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang hilang daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri...”
- (Hadid 57 : 22-23)
Allah akan selalu menunjukkan kekuasaan dan siapakah Dia sebenarnya , cuma yang membuat kita masih terasa 'kabur' atau tidak nampak adalah jahiliyah yang ada dalam diri kita 'kesombongan jahiliyah' .
“Jika kita benar-benar hidup dengan asma' Allah, setiap hela nafas, setiap langkah , hatta hidup dan mati ini sekalipun . Reason nya cuma satu, Allah. Dan ... kita akan dapat merasai, setiap apa yang terjadi , hatta kegembiraan dan kesedihan adalah datang dari Allah...rasailah sahabat ku :') Hiduplah dengan asma' Allah, awak takkan pernah rugi...”
Buatlah apa-pun sahabatku di dunia ini, kita semua pasti akan menemui Tuhan kita . Cuma kita sendiri yang pilih pertemuan yang manakah kita mahukan . Pertemuan yang manis, yang menjadi kepada permulaan kepada keindahan (nikmat di syurga) atau sebaliknya.
“Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju ke arah Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya.” - (Al-Insyiqaq 84:6)
Belajar lah untuk memahami definisi 'abadan-abada' (selama-lamanya) ...
kerana ... ,jika di sana baru hendak belajar maksud abadan-abada . Saya risau kehidupan kita tak seindah yang seperti kita harapkan di sana.
“Hidup ini mencari mati yang sempurna...”
Ayuh , jangan ragu-ragu lagi . Lakukan bersama perubahan ! Kamu pasti menemui kemanisan !
Kelazatan dunia sebenar yang Tuhan gambarkan :') Selamat bermujahadah !
Ibn Taimiyyah berkata “Sungguh di dunia ini ada syurga, siapa yang belum memasukinya , ia tidak akan memasuki syurga akhirat.” Mereka bertanya, “Apakah itu ?” Ia menjawab “Syurga mengenal Allah (ma'rifatullah) , mencintaiNya, rindu padaNya dan berlemah lembut padaNya.”
Ibn Taimiyyah berkata “Betapa merananya penduduk dunia yang meninggalkan dunia ini, dan tidak pernah merasakan yang termanis darinya.” Ia ditanya, “Apakah yang termanis dari dunia ?” Ia menjawab, “Manisnya bermesraan dengan Allah.”
Ia juga berkata, “Sesungguhnya banyak waktu yang melewati hati. Sekiranya penduduk syurga merasakan apa yang aku rasakan dari manisnya berdekatan pada Allah, maka ini sudah mencukupkan mereka.”
-- (Hati Sebening Mata Air - Dr. Amru Khalid)
May Allah guide us.

Comments
Post a Comment